nuffnang

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum semuanya!

Aku harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. untuk kawan-kawan aku, semua dah viva fyp kan? Jadi semua dah settle lah kan?

Hari ini aku diminta untuk berkongsi cerita/maklumat (ntah lah) tentang Asas Grafik yang aku belajar di awal semester ini dalam subjek Multimedia dalam Bahasa.


Bagi Asas Grafik, kebanyakan rekaan grafik ini dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej.

Apa itu grafik?
-          Grafik merupakan bahan yang mampu menghubungkan fakta dengan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, perkataan, simbol dan gambar.

-          Grafik juga merupakan gambaran bukan fotografi dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.

Dalam erti kata lain, grafik ini merupakan salah satu medium untuk menyampaikan mesej kepada khalayak sasaran melalui lukisan, gambar, perkataan dan simbol.

Kenapa perlu kombinasi ini, untuk menyampaikan mesej?

-Yelah, sesetengah orang lebih sukakan gambar untuk menarik minat dia untuk tengok dah faham akan mesej yang nak disampaikan tu. Sebab itulah, perlunya grafik yang betul dalam penyampaian mesej.
Kalau kombinasi grafik yang tak kena, maka khalayak juga tidak akan berminat untuk tengok sebab tak faham. Kan?

Dalam asas grafik ni, terbahagi kepada 5:

  1. Warna
Dalam warna ni, kombinasi warna amat penting dalam menarik minat khalayak untuk baca dan fahami mesej yang ingin disampaikan. Kombinasi warna yang menarik akan menarik lagi perhatian khalayak, manakala kombinasi warna yang tidak menarik, warna yang kusam, akan menurunkan 'mood' khalayak.

  2. Teks
Untuk teks pula, font, saiz font, style, semua mainkan peranan dalam menyampaikan mesej tersebut. Font yang menarik dan mengikut tema akan lebih terkesan penyampaiannya dan juga lebih menarik minat mata yang memandang. Aku rasa semua orang akan tertarik dengan benda yang cantik kan?

  3. Keseimbangan

Keseimbangan pula merupakan elemen yang penting dalam memastikan grafik tersebut kelihatan menarik. Kalau tak seimbang, maknanya nanti grafik tersebut akan nampak pelik. Pelik macam akan jadi berat sebelah ke, terlalu ke bawah ke. Haa faham?

  4. Kesesuaian

Kesesuaian pula bermakna gambar dengan teks itu sesuai dengan situasi yang nak disampaikan atau digambarkan. Kalau gambar kambing, tiba-tiba teks pasal khawin... Kena ke weh? 

  5. Mudah

Mudah bermakna, apabila seseorang khalayak tengok grafik, dengan kombinasi teks, gambar, lukisan, lakaran semua orang tu cepat faham. Maknanya semua kombinasi tu tadi semua betul. Dengan teks yang ditulis dan juga gambar yang disekalikan akan memudahkan lagi khalayak untuk faham mesej yang ingin disampaikan itu. 

Itu sahajalah perkongsian aku mengenai Asas Grafik... kalau tak faham, boleh komen di ruangan komen dibawah 💋

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum geng! Kali ini aku nak berkongsi mengenai Video Tanpa Wajah yang aku belajar dalam kelas Multimedia dalam Bahasa. Okay, ...