nuffnang

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum geng!

Kali ini aku nak berkongsi mengenai Video Tanpa Wajah yang aku belajar dalam kelas Multimedia dalam Bahasa.

Okay, video tanpa wajah ni , melalui nama dia sahaja kita dah boleh faham iaitu dalam video tu mestilah tak boleh langsung ada wajah / muka.

Untuk video tanpa wajah ni, mestilah:


  1. Tak boleh ada wajah / muka langsung
  2. Mestilah fokuskan satu elemen yang hendak difokuskan sahaja 
  • Buku
  • Kasut
  • Beg Tangan
  • Kaki
  • Tangan
Dalam video ini, elemen-elemen tu perlu untuk membuatkan penyampaian dan jalan penceritaan dalam video itu sampai ke khalayak.

Dan video tanpa wajah ni boleh di-edit ye, bukan macam video One Shot ...

Ini contoh video tanpa wajah yang aku dan kumpulan aku dah buat 😊
Selamat Menonton!


BBM3410/18: One Shot Video

Assalamualaikum!

Entri aku pada kali ini (😴) mengenai one shot video..

Apa itu one shot video?
- One Shot Video merupakan video yang ditangkap sekali sahaja. Saya ulang, SEKALI SAHAJA maknanya NO EDITING!

Video ini biasanya diambil untuk merekod atau membuat video muzik. One Shot Video ni juga cara nak ambil dia adalah:

 1. Letakkan kamera di suatu tempat dan kamera tersebut hendaklah diletakkan begitu sahaja tanpa menggerakkannya.

2. Hanya orang yang akan gerak masuk ke dalam video tersebut. Sebab tadi dah letak kamera tu guna "Camera Stand" ke apa ke kan. Jadi orang je yang gerak masuk keluar dalam video tu.

3. One Shot Video ni kenalah dibuat keseluruhan jalan cerita tu tanpa ada sebarang edit. Maknanya takde la cut cut video, semua takde.

Di sini aku sertakan contoh One Shot Video yang paling aku rasa paling bagus...


Video One Shot ni pula terbahagi kepada 3

  1. One Shot
  2. One Shot Two Layer
  3. One Shot Three Layer
One Shot adalah seperti yang aku dah terangkan di atas 👆

One Shot Two Layer pula, memerlukan penyanyi, yang akan nyanyikan lagu, dan juga pelakon yang akan melakonkan penceritaan lagu tersebut. Maknanya dalam One Shot Two Layer ni, kita akan nampak yang di depan (penyanyi) dan juga yang di belakang (pelakon) yang lain semua tak boleh bergerak ye...

One Shot Three Layer bermaksud, daripada one shot two layer tadi, tambahkan pula elemen yang ketiga dibelakang iaitu pergerakan yang tidak dirancang. Pergerakkan yang tidak dirancang tu termasuklah pokok-pokok ke, ada orang dekat belakang ke tak kisahlah, asalkan bila tengok tu mesti nampak ada 3 lapisan.


BBM3410/18: Papan Cerita

Assalamualaikum!
tak jawab dosa!

Entri kali ini, aku nak kongsikan mengenai Papan Cerita.

Apa itu papan cerita?
- Papan Cerita ni macam e-Majalah la. Maknanya ada cerita dalam majalah tersebut. Contohnya, kumpulan aku buat pasal produk Skin-Care. Jadi dalam papan cerita kami, mestilah ada produk kami, cara-cara pembuatan, ramuan atau bahan yang ada dalam produk tersebut.







Tu adalah e-majalah kami! Atau Papan Cerita kami 💙

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum semuanya!

Aku harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. untuk kawan-kawan aku, semua dah viva fyp kan? Jadi semua dah settle lah kan?

Hari ini aku diminta untuk berkongsi cerita/maklumat (ntah lah) tentang Asas Grafik yang aku belajar di awal semester ini dalam subjek Multimedia dalam Bahasa.


Bagi Asas Grafik, kebanyakan rekaan grafik ini dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej.

Apa itu grafik?
-          Grafik merupakan bahan yang mampu menghubungkan fakta dengan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, perkataan, simbol dan gambar.

-          Grafik juga merupakan gambaran bukan fotografi dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.

Dalam erti kata lain, grafik ini merupakan salah satu medium untuk menyampaikan mesej kepada khalayak sasaran melalui lukisan, gambar, perkataan dan simbol.

Kenapa perlu kombinasi ini, untuk menyampaikan mesej?

-Yelah, sesetengah orang lebih sukakan gambar untuk menarik minat dia untuk tengok dah faham akan mesej yang nak disampaikan tu. Sebab itulah, perlunya grafik yang betul dalam penyampaian mesej.
Kalau kombinasi grafik yang tak kena, maka khalayak juga tidak akan berminat untuk tengok sebab tak faham. Kan?

Dalam asas grafik ni, terbahagi kepada 5:

  1. Warna
Dalam warna ni, kombinasi warna amat penting dalam menarik minat khalayak untuk baca dan fahami mesej yang ingin disampaikan. Kombinasi warna yang menarik akan menarik lagi perhatian khalayak, manakala kombinasi warna yang tidak menarik, warna yang kusam, akan menurunkan 'mood' khalayak.

  2. Teks
Untuk teks pula, font, saiz font, style, semua mainkan peranan dalam menyampaikan mesej tersebut. Font yang menarik dan mengikut tema akan lebih terkesan penyampaiannya dan juga lebih menarik minat mata yang memandang. Aku rasa semua orang akan tertarik dengan benda yang cantik kan?

  3. Keseimbangan

Keseimbangan pula merupakan elemen yang penting dalam memastikan grafik tersebut kelihatan menarik. Kalau tak seimbang, maknanya nanti grafik tersebut akan nampak pelik. Pelik macam akan jadi berat sebelah ke, terlalu ke bawah ke. Haa faham?

  4. Kesesuaian

Kesesuaian pula bermakna gambar dengan teks itu sesuai dengan situasi yang nak disampaikan atau digambarkan. Kalau gambar kambing, tiba-tiba teks pasal khawin... Kena ke weh? 

  5. Mudah

Mudah bermakna, apabila seseorang khalayak tengok grafik, dengan kombinasi teks, gambar, lukisan, lakaran semua orang tu cepat faham. Maknanya semua kombinasi tu tadi semua betul. Dengan teks yang ditulis dan juga gambar yang disekalikan akan memudahkan lagi khalayak untuk faham mesej yang ingin disampaikan itu. 

Itu sahajalah perkongsian aku mengenai Asas Grafik... kalau tak faham, boleh komen di ruangan komen dibawah 💋

Tuesday, December 4, 2018

BBM3410/18: Photoshop

Assalamualaikum!

Entri pada kali ini, aku nak tunjuk la cara-cara nak guna photoshop. Video aku buat tak lawa pun, sekadar untuk memenuhi permintaan Prof sahaja 😜

Selamat menonton 👀


BBM3410/18: Instagram

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Harap semua yang baca blog aku semuanya sihat-sihat belaka 😉. Yang tak baca tu, emm emm baca jugak kalau nak aku doakan sihat!

Jadi, di entri sebelum ini aku ada bercakap pasal twitter kan? Entri kali ini aku nak cakap pasal instagram pula... - Aku start ada instagram masa aku form 4 ke form 5 tak ingat. Ye aku lambat sikit sebabnya aku tak minat laaaaa. Instagram ni kan pasal gambar-gambar je, so pada mulanya aku tak berapa minat la. Facebook aku pun kawan aku yang buatkan 😐.

Apa yang aku tahu, instagram ni merupakan satu tempat untuk seseorang itu share saat-saat indah, saat-saat sedih dia. Ikut pada orang lah. Macam aku, aku share benda yang happy happy je. 'Life is too short to be sad' 😎

Jadi, Prof pun mintalah kami update instagram kami dengan gambar-gambar kerja. *Tak berapa berkenan sebenarnya, sebab tu aku minta group aku tangkap gambar lawa lawa* hahaha. lagi pun group aku punya kerja memang tip top!

So, to earn a mark, you gotta have proof that shows Prof has liked your post...
Inilah bukti Prof dah liked post aku




BBM3410/18: Kaledar 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera blogies!

Pada entri kali ini, aku nak bagitahu yang kelas Multimedia dalam Bahasa perlukan kami untuk buat kalendar. Alaa kalendar yang selalu orang letak atas meja tuu..

Jadi kami ditugaskan untuk buat kalendar dan nanti kena print. fikir-fikir balik at least nanti bila dah habis, ada lah memori masa dekat UPM kan?




BBM3410/18: Twitter

Assalamualaikum semua!

Entri kali ni aku nak cakap pasal twitter. Well, twitter ni dah jadi macam diari aku rasa. Sebabnya, dalam banyak-banyak kawan aku tweet semua macam luahan hati masing-masing. Kalau semata saja-saja tu aku tak tahu lah..


Ni antara tweet yang aku retweet sebab macam kena je dengan aku 😝. Oh! Tambahan, twitter ni aku rasa salah satu medium untuk mengutuk orang atau bergaduh tapi bergaduh secara 'unmention' hahaha 😆😆.

Friday, November 23, 2018

BBM3410/18: Prof Masuk TV Baiii

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Hari ni taktahu dah nak cakap tentang apa...
Oh ye? aku tak bagitau lagi kan yang Prof aku masuk tv?

Yeee, Prof aku masuk tv!


nampak tak?? Aku siap update insta lagi kot!!

SEBELUM ITUUUU!
Prof ada bagi arahan dalam blog Prof, yang kami semua kena tangkap gambar Prof, lepas tu update dekat instagram masing-masing. Kalau tak, ingat kami semua nak bangun pagi-pagi tengok live? Tambah-tambah tv alhijrah.... 

See... bukan aku saja-saja nak cakap 💁



Wednesday, November 21, 2018

BBM3410/18: Sahabat?

Assalamualaikum semua!
Pagi ni bangun je dari tidur, terdetik pulak nak ceritakan tentang sahabat. Apa itu sahabat? Haha aku sendiri pun taktahu.. Pada aku, sukar sangat untuk kita mencari sahabat. Nak cari kawan tu senang je. Dimana-mana mesti ada kawan. Tapi sahabat?

Mengenai ini juga, mungkin sebab aku selalu berpindah sekolah, jadinya aku tak pandai nak jaga persahabatan. Bila aku tengok kawan-kawan aku jalan sekumpulan ramai-ramai, aku pun terdetiklah yang aku pun nak juga.. Tapi memandangkan aku mungkin sejenis yang tak pandai nak jaga hati kawan, atau terlalu jaga hati kawan (sehingga sanggup menipu) ya, mungkin sebab tu aku takda kawan yang selalu ada untuk aku...

                        

:: Tapi, apa yang aku nak cakapkan, aku sangat berterima kasih dekat seorang ni. Yang selalu ada masa susah dan senang, (kau je tahu apa itu masa susah senang kita 😋) walaupun tak ramai yang suka kita *kot* hahaha tapi you always with me, bertahan dengan karenah i 😌. Mi love you mi amiga 😘


thanks buddy 😙😙



sampai sinilah coretan hatiku untuk pagi ni. Dah, aku nak siap pergi kelas. Dah lambat dah nii 👋


BBM3410/18: One Shot Two Layer

Selesai sudah one shot, sekarang ni kena buat one shot two layer pulak 💣.

Entri dekat atas ni dah terangkan kan apa itu one shot.. So one shot two layer ni pulak adalah benda yang sama, cuma ada adegan lakonan pulak dekat belakang. Maknanya, ada yang menyanyi, ada yang berlakon, ada yang menyanyi sambil berlakon. Atas kreativiti masing-masing lah..

So, untuk one shot two layer ni pulak, kami bincang benda ni dalam whatsapp je la sebab lepas kelas masa tu, masing-masing ada hal masing-masing. Dalam whatsapp group tu, Etot and Apit cadangkan kami buat lagu sedih. Kalau cintan-cintun ni cliche kan, so nak buat lain pada yang lain la. Nak bagi penonton menangis dengan video kami. Jadi Etot cadangkan lagu Namun Ku Punya Hati - Revolvers. Pergi lah dengar, serius sedih bapak!!

Jadi, kami pun berbincang lah untuk jumpa khamis and terus buat. Alang-alang takda kelas amalikan, so kami pun ingat nak buat masa tu la. Ye lah, semua mesti free. Nak dijadikan cerita, aku ada kelas pagi tu, so aku tak join lah dorg berbincang. Lepas je aku habis kelas, Dee kata

"Nak tau tak dorang nak buat lagu apa?"
"Lagu apa?"
"Bobo Di Mana"
"Serius la?? Kata lagu sedih!"
"Aah, sebab Apit dah fikir semua benda dah"

Aku pun macam ummm why apit whyyyyy?
So, kitaorang jumpa dekat bukit ekspo untuk shot lagu tu lah. Dengan aku kena menyanyinyaa hahahahahaha sumpah kelakar 😆😆.




Oh, lupa, lagu tu pilih pun sebab senang and nak jimat masa sebab masa tu Mun kena balik awal dia ada hal. So, yeahh jadilah music video versi kami 😆.


Don't forget to LIKE and SUBSCRIBE our youtube video 😘💋

Ni, krew Tadaaa Production 
We are super duper gempak doh! 😎😆

BBM3410/18: One Shot

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Semua mesti dah tidur, dah pukul 12.23 A.M. dah nii.. Kalau yang tak tidur tu mesti tengah siapkan PITA atau update blog kan? ahaks 😏.. Maafkan saya ye sebab baru nak update 😝.

Berkenaan dengan one shot ni, korang tau tak apa dia? One Shot Video ini adalah sejenis video rakaman yang diambil dengan meletakkan camera tanpa menggerakkannya, and si pelakon atau penyanyi yang akan masuk dalam camera tu. So dia kira sekali ambil je takda edit apa apa takda. NO!

Prof pun suruh la kami ni pilih lagu. Mana-mana lagu, tapi mestilah tak sama dengan kumpulan lain, dan mestilah lagu Melayu sahaja. Campur-campur pun prof taknak.

"Hadoii cheq dah la orang putih, mana tauu lagu inggeris nii 😝😝"

Dalam kelas tu juga, kami dah buat keputusan untuk buat lagu Senario, Seminggu Berhari Raya. Alang-alang masa tu takda siapa pun nak buat kumpulan Senario, jadi kami pun pilihlah. Elok dah bincang nak buat dekat mana semua, sekali baju nak pakai baju apa, dengan nak bawa apa sebagai props, tup-tup ada kumpulan lain yang nak buat lagu Senario pulak. Hadoii habis lah kelainan kami!

Untuk mendapatkan kepastian, kami pun tanyalah dekat prof boleh ke kan, Prof pun bagi je asalkan lagu tak sama. So dengan rasa 'hadoii' tu kami pun teruskan lah seperti yang dirancang...

... Pada hari tersebut, kami berkumpul dekat rumah yang berdekatan dengan Muzium Warisan dekat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK).. Masa berkumpul tengah briefing nanti nak buat macam mana semua, tiba-tiba datanglah seorang akak ni, kata pukul 10 nak guna kawasan tu. ALAMAK!

Dengan berbaki 40-30 minit, kami pun buat sekali shot je. Ye, sekali shot jee! tu pun rasa dah okay dah lah kot, sebab ada orang nak pakai kawasan tu..

Dengan hanya sekali ambil sahaja, maka terhasillah video Oneshot- Seminggu Berhari Raya kami. 👇👇👇


Di sini juga aku nak sajikan beberapa gambar semasa pengambaran dibuat 😊

Le Girls in the group 😍



This is me and Etot 💋😍😍


Apit tengahh terangkan watak masing-masing



Dee yang sangat prihatin 😝


One happy students group at home 💛


BBM3410/18: TADAAA



Hai semuaaa! Entri kali ini aku nak cerita sedikit sebanyak mengenai kawan aku a.k.a groupmates aku!

Meh nak bagitau nama depa seorang demi seorang, mula dari kiri okay...

Talha . Apit . Solihin . Murnirah . Shu . Aku . Dee . Etot .
                Anep . Hussain

Tu aku dah bagi nama depa mengikut susunan okay, nak kenal leave a comment 😂. Untuk tugasan berkumpulan, kami dikehendaki untuk buat kumpulan seramai 10 orang satu kumpulan. So, aku dengan si Dee ni dah kata la kita kumpulan dua orang hahaha, lepas tu Mun pulak join. Sebab Etot ni sebilik dengan kami masa intern dulu jadi dah jadi kawan lah kan *😋* so kami pun mula lah,

- "Weh! Group sekali tau!"
"Okay, Etot, Apit, Shu sekali"
"Okay! cari lagi 5"

Di situ lah bermulanya segalanya. Lepas je dah buat group, prof pun suruh la kami ni buat tugasan berkumpulan.. Dimulakan dengan tugasan yang tangkap-tangkap gambar tuu, lepas tu buat masa sekarang kami buat tugasan kena miming lagu one shot la, one shot two layer la, one shot three layer la... Lepas ni taktahu la apa pulak #KAMIREDHO

Tapi untuk entri kali ini, aku bukan nak cerita pasal assignment semua tu. Aku nak cerita pasal dorg 💥. Kami ni cakap je satu kelas daripada sem 1 lagi. tapi bila dah sem 7 baru nak berkawan dengan semua orang. Kenal tu kenallah, cuma tak berkawan, tak bercakap lah kan.

Dorg ni kan serious aku cakap, best lah! Dorang kalau bab kerja mesti lawa gila! Dorg seriously sangat-sangat bersungguh-sungguh bila time kerja. Dalam kumpulan mestilah ada salah faham kan? So haritu masa Prof suruh buat video yang first tuuu, aku ada lah yang terasa sikit. So aku pun cakap lah dalam group, sebab ye lah taknak lah satu kumpulan tapi gaduh. Dorg pun semua respond and benda tu selesai masa tu jugak. What can I say is, they are so nice 💛... Kenapalah kita tak berkawan dari dulu eh? Hahahaha

Apa-apa pun, aku harap kita punya persahabatan kekal sehingga bila-bila. Nanti konvo kita tangkap gambar sekali sama-sama ramai-ramai okay 😉

BBM3410/18: Bila nak siapppp????

Haihh,

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Hola !

Nampak kan apa yang ada dalam folder tu? Yesss! PITA!!
Final year students mesti tengah dalam dilema kan sebab tak siap lagi tambahhhh, lagi beberapa hari je lagi nak kena bentang dah.. OMGGGG! THIS IS SOO STRESSFUL!

tapi kan, salah sendiri lah kan sebab siapa suruh kau tak siapkan kerja awal. haa padan muka kau! Lepas tu tau kerja tak siap, tapi sibok pergi tengok movie la apa la, kan dah rasa penangan penyelasan. hahahaha!!

Aku bukan apa la, dulu masa sem lepas la kan. Masa mula-mula kita nak kena buat PITA atau orang perakk kata FYP 😌.. Dulu aku bukan main lagi bersemangat sebab nak buat siap awal lah kononnya, nanti bila dah sem last, boleh lah relax je dengan betulkan je apa yang dah ada. Tapi, semua itu hanya mimpi!

Ni sekarang ni, tengah buat bab 4, and taktahu dah nak tulis apa lagi 😖 *I'm soo out of idea*... Bila dah takda idea, mulalah nak pasang movie apa boleh tengok 😜


So, sekarang ni aku tengah buat PITA lah ni. Alang-alang tengah buat idea pulak taknak keluar (nak memanjangkan lagi dan memperbanyakan muka surat), aku pun buatlah blog ni. Tambah blog aku pun tak cukup lagi sebelum prof check.

Saya nak A ooiii... Rugi rasanya assignment buat blog tapi tak dapat A,, minta jauh lahhh 🙏.

Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18: RINDU

Rindunya...

This is my first trip to Japan! Aku pergi Jepun ni masa aku form 6 dulu. aku pergi dengan makcik aku. Tak semua family dia tapi ada la dua, tiga orang kami pergi sekali dengan student dia (aku tak suka!). Nak dijadikan cerita, elok kami tengah nak check passport dekat polis, tiba-tiba polis tahan makcik aku... 😱😱. Aku dengan sepupu aku pun apa lagi. Takut lah! Nak pergi Jepun kot!!

Makcik aku macam tak bagi kitaorg pergi mulanya, dia kata - "Takpe la burn pun, kita pergi nanti"- Aku dah alaaa kenapa, kenapa. Nak pergiii. Lepas tu dia call la orang yang dekat imigresen nak buat appointment pasal passport dia nak mati tapi dia nak pergi Jepun sebab ada conference. So orang tu kata boleh buat harini. and tiket yang ada boleh dapat adalah lagi 3 hari... Tanpa meng-burn-kan *amboi ayat org bm niii 😠* makcik aku kata pergi la, nanti call yong dekat sana, (oh, yong ni anak sulung dia, dia belajar dekat jepun masa ni). Kami pun naik la flight dengan perasaan yang berbelah bahagi sebab dah la pertama kali pergi, sendiri pulak tu, plus makcik aku suruh jaga anak dia (sepupu aku la)..

Kami naik je flight, (flight ke Jepun 6 jam je, tak lama).. Kami rasa lapar la kan, pramugari tu kata boleh pakai duit ringgit atau duit yen. Aku pun nak bayar pakai duit yen lah sebab duit ringgit aku tak banyak. Check check, Duit yen satu pun takde!!!!!! Ya ampunnn ibu ibu bapa bapa tolong aku!! - aku pun cakap la dengan sepupu aku...

"Weh kita ni takda duit nak pergi jepun ni"
"Serious la?? Tadi bukan ada bagi duit ke?"
"Takde masalahnya niii....."

Dengan berbekalkan RM12, aku pun beli maggi 2 dalam flight (lapar punya pasal). Lepas tu, sampai sana, dah ambil luggage semua kami pun kena la tidur dekat airport. Hahahaha! What a memories la kan. Malam tu, kami jalan-jalan dalam airport dekat sana. Yang bestnya Jepun ni bersih gila! Toilet dia macam boleh baring je, nak bayangkan punya bersih dia tu..

.. Kami masih lapar, jadi aku pun pi la tanya kedai-kedai dekat sana kot ada nak bagi air panas free kan, tengok ada satu kedai ni sediakan air panas free. Nasib lah kami ni bawa maggi banyak gila nak pergi Jepun ni. Yang yong order untuk dia pun kami makan. Hahaha lapar wehh, apa nak buat dengan takde duitnya..

.. Esoknya, kami naik teksi, teksi pun sampai sana baru yong bayar.. Ceritanya dia taknak terima, kena bayar dulu. tapi kami call yong suruh dia cakap dengan orang teksi tu. Sepanjang dalam perjalanan tu, aku dok sembang la dengan pemandu teksi tu (nak uji english aku lah konon). Kami pun borak sampai la ke rumah yong.

Sampai je rumah, yong call mak dia bagitau yang kami dah sampai rumah dia.
- Panjang lagi sebenarnya cerita dia. Tapi nanti aku cerita dekat entri yang lain ok? Now I gotta go, I got class dengan Prof, nanti Prof marah masuk kelas lambat... Bye!

BBM3410/18: Sorry Tiger

Assalamualaikum blogers!

Haritu kan, masa aku cuti. aku balik la kg. Aku dah kenalkan kan gerangan gambar diatas... Tiger mok mok! Sepanjang aku balik rumah, kerja aku mengemas je la. Kebetulan pulak, opah aku tau yang aku cuti, jadi dia pun nak mai la rumah aku. lagi haru biru la aku nak kemas, (faham-faham je lah orang tua kan bila ada yang tak kena mesti nak complain)...

Aku pun kemas lah rumah aku. Then hari isnin macam tu kot, aku pergi la kg untuk ambil opah aku. Aku bawa opah aku balik rumah, then dia stay sampai khamis sebab jumaat tu aku nak balik UPM dah. - BUT! aku bukan nak cerita pasal opah aku atau perjalanan dia di rumah aku, aku nak cerita pasal si gemok ni...

Sepanjang aku dekat rumah, dia lah yang selalu teman aku. aku ke dapur, dia pun ke dapur, aku sidai kain, dia pun ikut la main-main dekat luar. Hari-hari ada dengan aku. Yela dah aku je yang duduk rumah, yang sentiasa ada rumah. Bila aku nak tidur, dia pun tidur la dekat dalam bilik aku jugak. Tapi dia tak tidur atas katil la, dia tidur dekat bawah. ada la port dia.

Masa aku nak balik, tu, semua adik-beradik aku ikut hantar aku. Al-kisahnya sebab mak aku nak bawa adik-adik aku semua pergi bercuti dekat PD. Jadi semua ikut, Bila semua ikut, tiger kena hantar pergi vet la, duduk hotel sana. - Nak dijadikan cerita, pagi tu, mak aku dengan adik aku ni keluarla pergi pasar ke mana ntah aku pun taktahu. yang tinggal dekat rumah adalah aku, abah aku dan beberapa lagi adik aku. So, aku ingat dorg lah kan yang hantar tiger ni pergi hotel dia. aku buat relax sudah lah kan...

But then, mak aku balik marah-marah suruh aku pergi hantar. Aku pun marah la balik kenapa aku? tadi keluar kenapa tak bawa sekali. Lepas tu mak aku pun kata 

"Ok, takpayah buat apa-apa!"

Aku dengan marahnya, terus capai tudung, terus ambil tiger and makanan dia. Terus bawa kereta laju-laju pergi hantar... *nak type ni pun dah rasa sedih*
Sampai je dekat kedai vet, aku hantar tiger and terus blah. tak tengok pun tiger... masuk je dalam kereta, aku menangis 😔, You know that feeling when you feel guilty because you're doing based on your emotion *speaking terus*

Ye, aku menangis macam kena dera. Aku call Hazziq, menangis-nangis sebab aku marahkan org lain, Tiger yang kena. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu. Aku pun lepas pusing beberapa round, aku pun pergi balik dekat vet tu, nak pergi cakap dekat dia. and guess what! Dia merajuk wehhh 😭😭. Dia taknak pun aku ambil dia, ya Allah sedihnya! Lagi la aku nak nangis!!

So, balik haritu, aku peluk cium, gomol dia puas-puas. Rindunya aku dekat dia. Dia lah makhluk yang tak pernah tinggal aku atau pandang serong dekat aku. Sedihnya bila teringat apa yang aku buat dekat dia masa tu... Aku menangis je bila ingat balik 😭😣... 

Sorry Tiger 

BBM3410/18: Terpaksa atau Rela

Assalamualaikum, hari ini aku sempat luangkan masa aku dihadapan laptop untuk siapkan tugasan aku berkenaan dengan subjek Multimedia dalam Bahasa ini.

Seperti yang anda semua dapat tengok, aku tak update apa-apa pun kan? Bukan taknak update kisahnya, cuma apabila malas menguasai diri, itulah yang terjadi... Untuk entri kali ini, aku nak cerita berkenaan dengan Prof aku. *PROF, THIS ENTRY IS JUST FOR YOU 😘...

Prof Normaliza ni siapa je yang tak kenal kan? Satu fakulti kenal prof. Satu fakulti je lah aku tahu, kalau satu UPM aku taktahu lah. hahahaha kelas prof ni, jujur cakap lah banyak gilaaaaaa kerja! (BANYAK GILA!) mana taknya, setiap minggu kena buat video. sekarang kelas kami semua kena buat video. tak cukup dengan one shot, ada pulak one shot two layer la, ni tadi nii, aku baru je tengok senior lepas buat one shot three layer pun ada! 😓.

Minggu lepas prof ada cakap
"Mulai minggu depan, semua stop post ig and blog. Sebab saya nak check!"
"Oh My Gusiiiii!! Aku hampeh tak update blog semenjak kena buat kalendar niii!!"

Aku pun apa lagi! Gelabah anjing lah wehh! Tapi gelabah anjing aku, harini baru nak buat. HAHAHAHAHHA 😂. (Dasar student tak tahu diuntung kan prof).. tak cuma tu je, kalendar pun kami kena buat and siapkan sebab nanti nak print out.

Tapi apa yang aku belajar dalam kelas prof kalini, prof tahu semua merungut dengan PITA nya *😉* dengan assignment kelas lain lagi, semua macam alaaaa why prof, whyyyyyy?? - Satu je pesan prof dekat kami semua

-"REDHOO! AWAK SEMUA KENA REDHO!"-

Ye anak-anak, redho. Redha adalah kunci dalam setiap benda. Assignment banyak? - Redha. Asyik kena reject je kerja? - Redha...

Sepanjang aku dekat UPM ni, kelas ni lah yang aku belajar kita sebenarnya kena redha dalam setiap hal atau rintangan yang mendatang. Tapi, kena lah jugak usaha semua kan, takkan kau nak redha tanpa usaha apa-apa limah, manan oii! - Bila kita redha dengan apa yang datang dekat kita, kita mesti dapat laluinya dengan senang dan kita mesti dapat cari jalan dalam setiap tugasan atau ujian kita.

- Allah takkan menguji hambanya melebihi kekuatannya kan? Yakinlah pada diri kalian, kalian pasti dapat laluinya dengan senang ✌...

Prof tengah cakap pasal redha 😂


p/s: Maaf prof, harap entri ini membuatkan prof sejuk hati dengan kemalasan saya meng-update blog 😋😜

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Peneman Setia

Kali ni, entri ini khas untuk kesayang-kesayangan aku. Yang sentiasa menjadi tempat luahan hati suka dan duka. Kan entri sebelum ni aku ada bagitau yang kita semuaaa mesti ada kesayangan kita. So ni antara kesayangan aku yang aku tak lupa juga, yang selalu jadi mangsa buli aku yang rakus sekali 😈. Aku seorang pencinta haiwan. Eh, betul lah. Aku suka sangat kalau binatang-binatang yang comel ni. Dia macam satu tarikan yang membuatkan kita nak pergi usik je, nak sentuh, nak gigit, haa semua lah.

Nak dijadikan cerita, aku dengan sepupu aku search la dekat Facebook kot kot la ada orang nak bagi hedgehog. Oh sebelum tu, sepupu aku ada bagitau yang dia ni teringin sangat nak bela hedgehog. Katanya dia nak beli. Aku macam tak setuju and suka kalau binatang ni kita main beli, cuba kau fikir, kalau kita ni orang main beli beli. Kan sakit hati. So aku pun kata la "apa kata kita tengok fb dulu. Kot ada orang nak bagi, lagi senang". Sebab tu la aku dengan sepupu aku ni cari lah dekat fb.

Cari punya cari, tak lama lepas tu, ada orang mesej sepupu aku, katanya dia nak bagi hedgehog dia sebab dia sibuk. Tapi orang tu duduk Sg. Buloh. Jadinya kami ni cadang nak jumpa dekat mana-mana hentian MRT la kan. Kami pun jumpa dan terus dia bagi hedgehog dia, kami bagi nama Mat. Tak lama lepas tu, sepupu aku pi gatai beli sekor lagi nama dia Ruby. Mat kan jantan, so beli yang betina la pulak, nak ada anak.

Dapat je anak, aku ambil la sekor. Anak-anak hedgehog ni comel kot! Mula-mula dia macam anak tikus. hahaha. Aku pun tunggu lah dia besar sikit supaya dapat bawa dia balik kan. Aku namakan dia Snorlax. Sebab apa Snorlax? Sebab dia suka sangat tidur. Sukaaaa sangat!!

 

Masa mula-mula bawa Snorlax jalan and balik rumah 😍

 
Snorlax baby sangat lagi 😍


 

Snorlax dan besar sikit ❤

Seterusnya, Tiger. Cakap pasal Tiger mesti korang boleh tekakan. Yes, KUCING!! Masa nak ambil Tiger ni, kami saja ja la jalan-jalan. Lepas tu, kawan mak call, kata ada kucing ni, mau tak? Waktu tu, aku dengan mak aku. Aku terus kata "Jom Mak, kita pergi tengok!!" Mak aku terus bawa aku dengan adik aku, Alya pergi tengok si Tiger ni. Sekali pandang terus jatuh hati. Ya Allah, comelnya dia niii... Geram! Tapi kami ambil dia baru je lagi, takde la baru sangat. Waktu ambil pun dia dah besar. Ah! Tak kisah lah, yang penting ada kucing dekat rumah. Hihihi 😝

 

Ni la dia, Tiger 💗

 

Masa ni dia mengada kacau orang tidur. Dia pun nak tidur nak ada bantal jugak 😒


Bawa Tiger pergi jalan-jalan 💨👀


Ni yang paling kesayangan sangat-sangat!! Rindunya nak jalan-jalan sama-sama lagi 😩. Nanti kita date lagi ye 😘!

 

😚💕💖💘💋



BBM3410/18: Buah Hati Pengarang Jantung

Untuk entri kali ini aku nak cerita sedikit mengenai seseorang yang selalu ada dengan aku bila aku susah, aku sedih, aku gembira. Setiap masa dengan aku.. Aku rasa semua orang ada seseorang yang kamu semua rasa special kan. Tak semestinya teman lelaki atau teman wanita okay. Mana tahu, boleh jadi kawan baik, family, atau sesiapa sahaja. Kali ni, aku nak khaskan entri ini untuk seseorang yang sangat sangat sangat memahami aku. Kami kenal dah lama sebenarnya. Dari zaman sekolah lagi. Tapi kami tak rapat lah. Sekolah pun lain-lain.. Masa tu aku jual mahal sikit lah. Hahaha, yelah takkan nak jual murah-murah kan! Nanti tak dihargai, (cewah 😝)

Aku dari kecik lagi jenis suka tukar-tukar sekolah. Jadi kawan yang aku ada pun kejap-kejap je. Semua tak lama. Lagi pun masa tu kan bukan zaman ada phone lagi. So, nak cakap, nak stay contact macam mana kan... Jadi aku ni biasa takda kawan baik, kawan yang boleh dengar semua masalah, yang boleh cerita semua benda dekat dia, aku takda. Masa zaman sekolah kan semua nakal-nakal lagi. Masa tu semua tak fikir panjang, semua kira nak seronok-seronok je.

So, aku mula kenal si dia masa aku pergi Perkhemahan Kebangsaan dengan Jitra Kedah. Masa tu aku tingkatan 4. Dekat kem tu aku takde la nak pandang sesiapa pun. Lagi pun aku ni jenis suka pergi perkhemahan semua. Aku dulu masuk navy waktu zaman sekolah. Dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5. Masa kem tu best gila!! Ada pertandingan menembak kauu. Pertandingan menembak ni yang paling aku tak boleh lupa. Sebab masa kem tu, ada 2 sekolah je yang perempuan semua. Satu sekolah aku (ye, tingkatan 3 aku masuk sekolah perempuan semua sebab kami baru pindah ke Perak), dan satu lagi sekolah convent tak silap aku, dari penang. Well sekolah convent kan, nama pun dah mewah, budak-budak dia ada la yang freehair. Bila cakap pasal freehair ni semua orang suka sebab mostly yang freehair ni cantik sebab depa ni stylish gituu (kata sesetengah orang okay, bukan aku kata). So masa pertandingan tu ramai lah sokong sekolah convent tu, aku pun selaku ketua bagi sekolah aku, apa lagi, aku cakap lah "JANGAN RISAU, KITA BAGI DEPA NGANGA TENGOK KITA MENANG. MASA TU KITA BUAT SOMBONG!" Hahahaha semangat gila masa tu sebab menyampah sikit lah dengan perangai gatai tak tentu hala yang lain 😴. Tup tup, sekolah kami menang. YEAYYY!!! 😻😻 masa tu aku terus lompat la apa lagii. Hahaha!!

Okay sambung balik cerita.. Hari terakhir kami dekat kem tu, tiba-tiba aku ditegur "Nak tanya, nama apa?". Aku pun kalih la muka kan, tengok dia tegur aku. awww 😋. Tapi sampai situ je kami borak. HAHAHAHA!

***

Lepas tu aku masuk UPM. Tahun kedua rasanya, aku mula kawan balik dengan dia, bermula dengan aku yang tegur dia masatu dekat Twitter sebab dia update dia kata dia dekat McD dekat bangi. McD tu dekat kot dengan rumah makcik aku, sebab tu aku tegur dia. Itu lah teguran pertama kami yang membawa sehingga ke hari ini.

Dulu jual mahal konon-konon taknak ada apa-apa sampailah dah kerja, dah ada rumah, ada kereta semua. Ye, itu lah cita-cita aku mula-mula dulu. Tapi itulah kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya (eceeeh menyampahh 😜). Setelah itu, mulalah detik-detik, wabak-wabak berbunga, romantis semuanya bermula. Ohh, dia bukan budak UPM. So rasa macam best pulak sebab berkembanglah kan kita ni kalau nak berkawan, berkawan la dengan orang luar supaya pemikiran tu berkembang sikit, hahahaa eh?

Masa dia ada sini, aku selalu keluar dengan dia. Serius SELALU. Sampai kawan aku ada yang tak suka, ada yang mengata, ada yang tinggalkan aku. Ye, aku faham, and aku tak salahkan mereka pun 😅. Akibat daripada perbuatan aku yang tu, and ramai tinggalkan aku, so ye sekarang aku banyak gerak solo. TAPIIII walau bagaimanapun, aku masih ada kawan yang masih setia dengan aku tanpa jemu. Terima kasih sahabat 💗 (nanti aku entri khas utk dia)


Masa berlalu dengan pantas, sekarang si dia dah konvo dah dan dia dah kerja as engineer (aku selalu berangan + berdoa supaya bakal suami aku nanti engineer. Amin 😌). Nanti masa berlalu pantas, tanpa disedari "We're officially husband and wife" 😜😜. *aku kalau bab berangan number 1 hahaha* Jangan dengki eh, biasalah manusia mesti ada angan-angan dan akan sentiasa berusaha untuk angan-angan itu menjadi kenyataan hiks 😁.

Meh aku sajikan antara gambar-gambar kami berdua. Secocok kan *kihkihkih 😻

 
Bukit Bendera ❤

 
He's graduation day 😎😻

BBM3410/18: Tonggang Tonggek

Hi, bertemu kembali kita. Hari ini aku nak cerita pasal tugasan baru yang diberikan oleh Prof aku. Well, katanya ni tugasan fotografi yang terakhir. Kelas multimedia ni seronok sebenarnya sebab kelas ni je satu-satunya yang bagi tugasan kerja dia tangkap gambar sajaa. Tugasan kali ni tugasan kumpulan. Kami kena tangkap gambar flatlay. Alaa gambar yang macam orang tangkap gambar makanan sampai kena berdiri atas kerusi tuu.

Kami kena tangkap 4 jenis flatlay, flatlay, half flatlay, quarter flatlay, zero flatlay. Oleh kerana kelas kami tu pukul 10-12 tengah hari. Jadi ye, panas lit lit kauuu..

Inilah antara flatlay yang group aku snap. Untungnya aku, group aku semuanyaaa pandai tangkap gambar cantik-cantik. (m so lucky 😍)


 

Ini merupakan contoh flatlay. Gambar ni aku yang tangkap 😉 Flatlay ni kena betul-betul camera kau atas benda alah yang kau nak tangkap. Jadi yang ni kira boleh lah kan. 



 

Yang ni kira zero flatlay. Yang ni kawan aku yang tangkap sebab kami kekurangan gambar zero flatlay, so dia balik bilik, dia snap. Cantikkan!


 

Gambar ni pulak half flatlay. Kenapa? Sebabnya dari flatlay tadi, kita tarik camera kita ke tepi sikit kira bagi nampak macam tengah-tengah dari sudut flatlay tu tadi.


 

Gambar ni untuk quarter flatlay. Dia macam half kepada halfflatlay. Jadi lah quarter flastlay.. Tadaa 😏

 

Ni pun quarter flatlay. 


 

Yang ni flatlay. Kalau rasa gambar tadi tu tak nampak sangat macam flatlay, yang ni jadi tak?? Hahaha.. Gambar ni kami tangkap sempena Hari Jadi Prof. HAPPY BIRTHDAY PROF !! 😘😘😘


 

Quarter flatlay 


 

Zero flatlay. Haa gambar ni ditangkap oleh salah seorang kawan aku juga merangkap roommate aku. Hahaha, sebabnya aku dengan dia rasa macam tak banyak je zero flatlay. Jadi kami pun ambil keputusan untuk tangkap gambar lagi guna barang-barang yang ada.

Ps: ada guitar tapi tak pandai main lagi 😜




Jadi disebalik gambar-gambar yang cantik tadi, pasti ada proses pembikinannya kan. Back stage gituu. Hehehe, ni antara gambar yang menunjukkan kami buat kerja 😹

 

Masa ni dalam kelas. Nampak tak kami ni bertungkus-lumus dok tangkap gambar. Prof boleh kata "disebabkan kumpulan ni macam relax je, semua kena siap pukul 12.30". hahahaha gelabah itik semuaaa  😺😹😹😺

 


 



 

Ini lah Prof kesayangan kami semuaa. The one and only Prof.. Masa ni lah birthday Prof.. 



Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Homesick

Aku ada sepupu aku seorang ini, kira aku rapat dengan dia sebab sepanjang aku di sini (bangi) aku tinggal dengan makcik aku. Jadi, aku rapatlah dengan anak-anak dia. Dia ni beru lepasan STPM. kira nak masuk uni dah la kan, tunggu panggilan je. Tunggu punya tunggu, Alhadulillah, dia dapat temuduga dekat UIA untuk jurusan guaman. Kami semua gembira sangat-sangat sebab dia dapat pilihan pertama dia semasa dia isi UPU.

Selang beberapa minggu, dia dapat tawaran untuk sambung pelajaran di UIA dengan jurusan yang dia nak, Weh, tak ramai okay yang dapat pilihan pertama bila isi UPU. Jadi, bila nak dekat masa hantar, dia pun happy lah kan, teruja sangat.

Aku dengan abang-abang dia semua kata "kamu mesti nangis nanti".

Dia nafikan dengan kata, "takda punya. Na okay je."

Dia merupakan anak bongsu dalam keluarga dia. Walaupun dia selalu gaduh dengan abang dia, dengan mak dia, dia juga tak pernah berjauhan daripada keluarga dia. Walaupun untuk semalam dua, Paling tidak pun, dia pergi rumah kakak dia dekat Pahang sana. Tu pun masih ada kakak dia. Ini kan nanti masuk uni, mana ada kakak, abang, mak, abah.

Tiba je waktu penghantaran dia, mereka sekeluarga pergi menghantar dia ke UIA. Aku tak ikutlah, sebab aku masa tu balik kampung. Minggu depan tu aku balik UPM, nak mula sem baru, Waktu tu, mak dia bagitau aku yang sepupu aku tu hari-hari menangis, Telefon setiap kali dia bangun, tidur, nak pergi kelas, balik kelas. Bila telefon je mesti menangis. Menangis yang teruk tu.


Baru lepas nangis la tuu 👀

Aku gelak je lah, aku siap telefon dia kata "Haritu kata takkan nangis." sambil gelak-gelak. Dia sedih je. Lama-lama aku jadi kesian dekat dia, Jadi ada satu masa ni, aku pun rancang dengan mak dia untuk pergi ambil dia, Aku telefon dia bagitau aku nak pergi ambil dia. Ya Allah punya sedih lah kawan tu. Tanya, betul ke, betul ke.

Mula pada hari itu, aku pun akan ambil dia setiap hari selasa dan akan hantar dia balik hari rabu, Itulah rutin setiap minggu. Nasib baik aku dah semester akhir, jadi dah tak banyak kelas.

Moral dia, janganlah sesekali gaduh teruk dengan ibu kita, adik-beradik kita. Teruk macam mana pun keluarga kita, bila kita dah berjauhan, mereka dah tiada depan mata kita, masa tu, baru kira sedar yang kita dah banyak buat silap dan andai dapat kita undurkan masa. Pasti kita ingin duduk kembali bersama-sama keluarga kita. Sepupu aku ini untung, dia dapat sedar benda ni awal, dan jarak rumah dia dengan UIA tu takde la jauh mana pun, Bangi-UIA, dua tiga kali kentut je.

BBM3410/18 : PESTA MAKANAN TRADISIONAL

Julung kalinya fakulti aku mengadakan Pesta Makanan Tradisional. Pesta makanan ini dijanka bermula pada pukul 8 pagi. Prof juga memberitahu bahawa sesiapa yang datang awal, dan dapat bergambar bersama-sama Prof, akan mendapat markah lebih. Jaid, aku dan rakan aku, Dee, pun bersiaplah awal-awal pagi lagi untuk ke pesta makanan tersebut.


Image result for demonstrasi masakan di pesta makanan di fbmk upm



Kebetulan pada hari itu, aku pegang kereta sepupu aku, jadi ia memudahkan lagi perjalanan kami ke pesta makanan tersebut. Ye lah, kami tak ada kenderaan, jadi kalau nak kemana-mana kami kena naik bas. Kalau nak tunggu bas pukul 8 tu memang perit lah cerita dia. Dah macam semut api aku tengok.

Ksmi pun sampai disana pada pukul 8 pagi. Aku dengan kawan aku ni berkeliaran la dekat fakulti. Oh ye, pesta makanan tu diadakan di fakulti aku je, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Elok pukul 8 kami tiba dekat sana, kosong babe! Masih kosong lagi.

Alamak, kita ni awal sangat ke Dee?

Aku dengan Dee jalanlah sampai ke dewan, kot lah semua orang dekat sana untuk majlis perasmian. Kami masuk situ pun masih KOSONG. Kami pun jalan-jalan, jumpa lah Prof kami, Prof kata tak mula lagi.

Haihh, pukul berapa nak mula ni?

Daripada tak buat apa-apa, Dee ajak aku pergi BHEP untuk selesaikan masalah Lax dia. Jadi aku pun okay lah. Tak lama lepas tu, ada pensyarah yang bagitahu sebenarnya mula pukul 10. BIAR BETUL?? HAHAHAHA buat lawak lah mereka ni. Buat poster tulis pukul 8, sekali start pukul 10. Oleh disebabkan hal yang demikian, aku dengan Dee pun pergi lah ke BHEP dahulu.

Selepas selesai hal di BHEP, kami pun kembali ke pesta makanan. Ya, pesta makanan telah pun bermula! Pesta Makanan Tradisional tersebut dirasmikan di dewan Calc di fakulti aku juga. Tak lama pun perasmian dia. Setelah habis majlis perasmian, kami diberi makanan percuma. Nasi lemak dan air mineral percuma.

Tanpa melengahkan masa, aku dan rakan-rakan bergegas ke pesta makanan. LAPAR BOHH! Sampai di sana, tidak dijangka-jangka ramai pensyarah aku yang turut berniaga makanan tradisional yang dimasak oleh mereka sendiri. (Depa kata la)



Hentian pertama aku, air Teh Ais Cincau. Ya Allah, sedap dia bukan main lagi. (tapi sedikit manis). Seronok akak tu bila kami beli air dia. "First customer". Akak tu pun baik orangnya. Ada anak kecil lagi. Akak tu kata, ni pertama kali anak dia ikut berniaga.


Dalam pada seronok kami menikmati pesta makanan ini, kami diberi tugasan yang memerlukan kami untuk mengambil gambar aktiviti tersebut sebanyak 10 gambar dan memuatnaikkan gambar-gambar tersebut ke dalam instagram masing-masing dengan hashtag yang telah diberikan.

Bagi menyiapkan tugasan tersebut, nah! gambar-gambar yang aku ambil sewaktu pesta makanan berlangsung




Yang tudung hitam, kedua dari kanan tu lah Prof kami!




Oh ye, ini adalah demostasi masakan yang dibuat oleh Dr Muhammad Shahrim Abdul Karim. Beliau merupakan pensyarah di UPM sekali gus merupakan chef terkenal.

Pesta makanan tersebut berakhir pada pukul 5 petang. Aku sempat membeli kebab dan mee goreng yang dijual di "food truck". Boleh tahan lah, sebab banyak sangat minyak. (Yuks, kurangkan minyak ye kak)

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum geng! Kali ini aku nak berkongsi mengenai Video Tanpa Wajah yang aku belajar dalam kelas Multimedia dalam Bahasa. Okay, ...