nuffnang

Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : Coretan hati

Assalamualaikum semua, hari ini aku dikehendaki untuk publish satu cerita. jadi, dikesempatan ini, aku ingin memberitahu semua tentang satu benda yang terjadi pada aku minggu ini.

Macam mana ye nak mulakan? Okay, pada hari isnin yang lalu, untuk kelas Multimedia dalam Bahasa tiada, jadi bagi menggantikan kelas itu, Prof kami memberi kami satu tugasan yang mengkehendaki kami untuk membuat tugasan tersebut dan hantar tugasan tersebut pada waktu yang telah ditetapkan. Jadi, ini arahan yang diberukan:



 Arahan diberikan dengan jelas sekali bukan? Dalam arahan jelas mengatakan yang kami dihekendaki untuk menghantar tugasan hanya pada pukul 2 hingga 3 petang sahaja, dan kepada sesiapa yang tidak menepati arahan, e-mel mereka akan dipadam serta markah tidak akan diberikan.

Jadi, aku pun tunggu sehingga pukul 2 petang untuk menghantar tugasan yang diberikan. Tunggu punya tumggu, sampai pukul 2 petang, aku pun mulakan menulis tugasan tersebut di e-mel (sebab Prof dah kata tidak mahu "attach file"). Tepat pukul 2.40 petang kalau aku tidak silap, aku meng-e-mel tugasan tersebut kepada Prof.

Lega dah la kan sepatutnya..?? Kan?

Namun begitu, tepat pukul 10.10 malam. Prof pun menghantar nama-nama yang diterima dan yang akan mendapat markah. Tahu tak yang nama aku tak ada. OKAY, TIDAK ADA, TIADA DALAM SENARAI TU!!! Maksudnya aku dah hilang 10 markah (?). Benda lah! Aku dah menepati syarat-syarat tugasan semua kot!! Apa semua ini !! 😠😠

Nak melegakan hati yang tengah kecewa ini. aku pun baca balik lah kan apa yang aku tulis. Aku baca punya baca, MUNGKIN sebab aku salah eja PERSEPSI, tapi aku pergi eja PERSPEKSI 😔. Entah lah, aku pun taktahulah. Malas nak fikir. Lagi fikir, lagi sakit hati...

Sekian sahajalah coretan hati aku pada kali ini. Apa-apa pun, aku masih tak puas hati kenapa nama aku tak tersenarai. Takkan lah sebab ejaan tu je kot!!!! EEEEEIIIII GERAM!!!

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum geng! Kali ini aku nak berkongsi mengenai Video Tanpa Wajah yang aku belajar dalam kelas Multimedia dalam Bahasa. Okay, ...