Untuk entri kali ini aku nak cerita sedikit mengenai seseorang yang selalu ada dengan aku bila aku susah, aku sedih, aku gembira. Setiap masa dengan aku.. Aku rasa semua orang ada seseorang yang kamu semua rasa special kan. Tak semestinya teman lelaki atau teman wanita okay. Mana tahu, boleh jadi kawan baik, family, atau sesiapa sahaja. Kali ni, aku nak khaskan entri ini untuk seseorang yang sangat sangat sangat memahami aku. Kami kenal dah lama sebenarnya. Dari zaman sekolah lagi. Tapi kami tak rapat lah. Sekolah pun lain-lain.. Masa tu aku jual mahal sikit lah. Hahaha, yelah takkan nak jual murah-murah kan! Nanti tak dihargai, (cewah π)
Aku dari kecik lagi jenis suka tukar-tukar sekolah. Jadi kawan yang aku ada pun kejap-kejap je. Semua tak lama. Lagi pun masa tu kan bukan zaman ada phone lagi. So, nak cakap, nak stay contact macam mana kan... Jadi aku ni biasa takda kawan baik, kawan yang boleh dengar semua masalah, yang boleh cerita semua benda dekat dia, aku takda. Masa zaman sekolah kan semua nakal-nakal lagi. Masa tu semua tak fikir panjang, semua kira nak seronok-seronok je.
So, aku mula kenal si dia masa aku pergi Perkhemahan Kebangsaan dengan Jitra Kedah. Masa tu aku tingkatan 4. Dekat kem tu aku takde la nak pandang sesiapa pun. Lagi pun aku ni jenis suka pergi perkhemahan semua. Aku dulu masuk navy waktu zaman sekolah. Dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5. Masa kem tu best gila!! Ada pertandingan menembak kauu. Pertandingan menembak ni yang paling aku tak boleh lupa. Sebab masa kem tu, ada 2 sekolah je yang perempuan semua. Satu sekolah aku (ye, tingkatan 3 aku masuk sekolah perempuan semua sebab kami baru pindah ke Perak), dan satu lagi sekolah convent tak silap aku, dari penang. Well sekolah convent kan, nama pun dah mewah, budak-budak dia ada la yang freehair. Bila cakap pasal freehair ni semua orang suka sebab mostly yang freehair ni cantik sebab depa ni stylish gituu (kata sesetengah orang okay, bukan aku kata). So masa pertandingan tu ramai lah sokong sekolah convent tu, aku pun selaku ketua bagi sekolah aku, apa lagi, aku cakap lah "JANGAN RISAU, KITA BAGI DEPA NGANGA TENGOK KITA MENANG. MASA TU KITA BUAT SOMBONG!" Hahahaha semangat gila masa tu sebab menyampah sikit lah dengan perangai gatai tak tentu hala yang lain π΄. Tup tup, sekolah kami menang. YEAYYY!!! π»π» masa tu aku terus lompat la apa lagii. Hahaha!!
Okay sambung balik cerita.. Hari terakhir kami dekat kem tu, tiba-tiba aku ditegur "Nak tanya, nama apa?". Aku pun kalih la muka kan, tengok dia tegur aku. awww π. Tapi sampai situ je kami borak. HAHAHAHA!
***
Lepas tu aku masuk UPM. Tahun kedua rasanya, aku mula kawan balik dengan dia, bermula dengan aku yang tegur dia masatu dekat Twitter sebab dia update dia kata dia dekat McD dekat bangi. McD tu dekat kot dengan rumah makcik aku, sebab tu aku tegur dia. Itu lah teguran pertama kami yang membawa sehingga ke hari ini.
Dulu jual mahal konon-konon taknak ada apa-apa sampailah dah kerja, dah ada rumah, ada kereta semua. Ye, itu lah cita-cita aku mula-mula dulu. Tapi itulah kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya (eceeeh menyampahh π). Setelah itu, mulalah detik-detik, wabak-wabak berbunga, romantis semuanya bermula. Ohh, dia bukan budak UPM. So rasa macam best pulak sebab berkembanglah kan kita ni kalau nak berkawan, berkawan la dengan orang luar supaya pemikiran tu berkembang sikit, hahahaa eh?
Masa dia ada sini, aku selalu keluar dengan dia. Serius SELALU. Sampai kawan aku ada yang tak suka, ada yang mengata, ada yang tinggalkan aku. Ye, aku faham, and aku tak salahkan mereka pun π
. Akibat daripada perbuatan aku yang tu, and ramai tinggalkan aku, so ye sekarang aku banyak gerak solo. TAPIIII walau bagaimanapun, aku masih ada kawan yang masih setia dengan aku tanpa jemu. Terima kasih sahabat π (nanti aku entri khas utk dia)
Masa berlalu dengan pantas, sekarang si dia dah konvo dah dan dia dah kerja as engineer (aku selalu berangan + berdoa supaya bakal suami aku nanti engineer. Amin π). Nanti masa berlalu pantas, tanpa disedari
"We're officially husband and wife" ππ. *aku kalau bab berangan number 1 hahaha* Jangan dengki eh, biasalah manusia mesti ada angan-angan dan akan sentiasa berusaha untuk angan-angan itu menjadi kenyataan hiks π.
Meh aku sajikan antara gambar-gambar kami berdua. Secocok kan *kihkihkih π»
Bukit Bendera ❤
He's graduation day ππ»