nuffnang

Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: Asas Grafik

Untuk tugasan pertama, kami diminta untuk membuat poster/buku (?) bersama-sama ahli kumpulan. Kami juga diminta untuk membuat dalam masa yang ditetapkan iaitu sehingga pukul 2 petang pada hari yang sama sahaja.

Kami diperkenalkan dengan 5 asas grafik yang ada dalam setiap gambar. Antaranga:
• kesesuiaan
• mudah
• teks
• keseimbangan
• warna

Setiap satu itu mengambarkan sesebuah grafik yang menarik. Ia juga menerangkan kepada penonton tentang apa yang ingin diketengahkan.

Contoh gambar bagi kelima-lima asas grafik ialah seperti yang berikut :














BBM3410/18: Detik-detik Minggu Pertama

Minggu pertama aku di UPM sebagai pelajar tahun akhir bercampur suka dan duka. Yelah, dah nak habis belajar, mestilah ada suka dan duka nak tinggalkan universiti.

Pada minggu pertama kelas bermula pada hari rabu. SATUUU JE KELAS PULAK TUU. Fuhh geram pun ada. Pada minggu pertama ni tidak ada apa apa yang menarik pun. Sebab ramai kawan-kawan tak datang kelas lagi.

Kelas yang satuuuu sahaja itu ialah kelas Multimedia dalam Bahasa. Kelas ini diajar oleh Prof. Dr. Normaliza. Dalam kelas untuk yang pertama ini, Prof. memberitahu tentang rangka pengajaran untuk subjek ini. Prof. juga memberitahu bahawa terdapat beberapa tugasan yang memerlukan kami untuk membuat pengambaran. Kami juga diminta untuk membuat kumpulan yang terdiri sebabyak 10 orang setiap satu kumpulan.

Lepas kelas habis pukul 10, aku terus balik rumah dan teruskan detik-detik aku dirumah, tidur, makan, tidur.

BBM3410/18: Garisan Permulaan




Nama aku Abir, Abir Wardati binti Nasruddin.

Pelik?

Ye, pelik tapi benar. Tapi nama inilah yang akan melekat dekat fikiran rakan-rakan aku. Pada mulanya, tapi kekal selamanya. Aku dilahirkan di Selayang, Selangor. Tapi sekarang keluarga aku menetap di Perak, Kuala Kangsar, Perak. 

Aku mempunyai 6 orang adik-beradik, dan aku merupakan anak pertama. (Yeahhh!! Kak Long Kawasan). Sekarang aku belajar di UPM mengambil jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Bila cakap pasal ambil jurusan bahasa Melayu, mesti semua orang kata senang je. buat karangan je. Ye ye ye ye ye, senang sangat 😔. 

Aku mendapat pendidikan pertama aku di Tadika Abim di Kulim, Kedah, Setelah itu, ke sekolah rendah dan menengah juga di Kulim. (NOPE! Bapaku bukan seorang polis atau askar). Setelah itu, kami berpindah ke Kuala Kangsar, Perak. Aku meneruskan STPM aku di SMK Jalan Reko, Kajang, dan seterusnya ke UPM, Serdang.

Disebabkan dari kecil aku terbiasa dengan berpindah randah, aku pun sekarang gemar mengembara ke serata antero. Tapi sekarang bajet tak banyak lagi la nak pergi mengembara 😝.

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum geng! Kali ini aku nak berkongsi mengenai Video Tanpa Wajah yang aku belajar dalam kelas Multimedia dalam Bahasa. Okay, ...